Welcome To My Blog
Anda pernah singgah di blog KOKNIS MEMBEBEL sebanyak 1 kali. Terima kasih. Datang lagi ya...

Saturday, 4 June 2016

RESEPI AISKRIM SUMI YANG SIMPLE DAN MUDAH


Holla !!! Assalamualaikum gaiss !! kali ni iolss nak share satu resepi mudah aiskrim malaysia yang tengah hot and viral haritu kan ?! Bukan susah sangat pun nak buat, tapi iolss tetap jugak nak share resepi dia hehe . Kalau throwback zaman dedulu kan popular sangat aiskrim malaysia kay . Iolss dulu kalau balik je dari ngaji mesti terus beli aiskrim ustazah iolss yang buat. 
Rege mampu milik lah 20 sen je hahaha . Rugi sangat sesapa yang tak pernah rasa *ada ke yang tak pernah* hehe . Aiskrim malaysia yang perisa strawberry, milo, asam masin, jagung n banyak lagi pun tak susah pun nak buat...

Untuk aiskrim malaysia yang biasa tu kita just buat je air macam biasa taruh la perisa apa pun yang kita nak kan milo ke jagung ke then taruh je dalam plastik aiskrim then bekukan je . tak susah pun nak buat haha
Tapi untuk aiskrim malaysia yang dah upgrade sikit ni ade cara dia yang lain lah hihi




Aiskrim Malaysia Sumi

Resepi Aiskrim Sumi

Bahan-Bahan

  1. 1 tin susu pekat
  2. 1 tin susu cair
  3. 4 tin air
  4. Sumi 3 paket
  5. Garam sedikit
  6. Plastik Aiskrim
Cara-Cara Nak Buat :)

1. Campurkan susu cair, susu pekat , air dan garam secukup rasa dan didihkan sekejap then padamkan api.
2. Sejukkan dulu campuran tadi kalau tak lebur tangan nak isi dalam plastik aiskrim hehe.
3. Potong sumi kepada 4 bahagian kemudian isikan ke dalam plastik aiskrim.
4. Ikat kesemua aiskrim tadi dan sejukkan dalam freezer.
5. Dah beku barulah boleh makan tambah lagi musim panas cenggini hihi. 

*note : iolss buat 3 paket sumi ja kalau nak banyak lagi boleh lah taruh sumi banyak2 hihi 

SELAMAT MENCUBA :)

 








Wednesday, 25 May 2016

SELAMAT HARI GURU !!!

Holla !! iolss rini nak story pasal sambutan Hari Guru di sekolah iolss. SMK RAJA MUDA MUSA!! *poyo ja* yahh, cikgu dah diibaratkan mak pak kita kat sekolah kan ? so why not kita appreciate segala pengorbanan yang depa dah buat untuk kita huhu *sobs*

              Untuk entry kali ni iols nak citer pasal 4 orang cikgu iols kat sekolah ni *acah muda* .Kat PTE (Pusat Tingkatan Enam) iols amik SEJARAH . Subjek lain yang iols amik sastera, pengajian am dan bahasa melayu. Iols paling minat subjek sejarah dan sastera lah *harap kawan2 iols tak fikir lain* hahaha. Depa tu memang suka membahan iols esp subjek Sejarah tulah *nyampah*. Tapi kalau tak bahan sehari memang rindu !

                Okay lets go to the point. Untuk Hari Guru kali ni dan mungkin kali terakhir *last stpm*, kami satu kelas 6 Atas Sejarah berpakat nak beli hadiah untuk guru2 terchenta kami . Untuk 3 orang cikgu lelaki kami bagi hadiah tie *taktau nak beli apa*. Untuk satu-satunya guru perempuan kesayangan kami semua, kami belikan hadiah tudung *instant gitu*. So, itu ja yang kami mampu bagi sebagai hadiah untuk kami memperingati cikgu semua. Even tho kami belum mampu bagi hadiah yang terbaik untuk cikgu semua *result* tapi kami dah usaha sebaik mungkin untuk final sem 2 baru-baru ini. Segala keputusan kami serahkan kepada Allah S.W.T. Apa-apa pun iols bersyukur sangat dapat guru-guru yang hebat dan berpengalaman dan dikurniakan rakan-rakan kelas yang baik-baik alhamdulillah :) In shaa allah cikgu semua takkan kami lupakan sampai bebila :D

HAI CIKGU !!
Okay, Here we go !!!!


First, yang ni Cikgu Salwani. Cikgu Wani ajar kami subjek Pengajian Am. The bestlah sebab cikgu selalu sangat bagi dorongan kat kami yang dah down dan nak give up STPM ni. Cikgu selalu bagi kami semangat untuk teruskan dan selalu bagi kami tunjuk ajar esp untuk pengajian am. Thanks cikgu !!! Cikgu lah cikgu paling canti, paling baik n cute always huhuhu :)




 Yang kedua ni Cikgu Raffli ! Cikgu Raffli pulak ajar kami subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif (SASTERA) . Bila masuk kelas kmk je mesti happy. Jarang sangatlah orang kata tak happy kan :) Cikgu selalu sangat bagi kami macam2 . Bagi aiskrim la, sponsor jamuan la, bagi Kit Kat la best cikgu ni sebab sporting and selalu ngusik Yaya dalam kelas. Part yang ngusik paling iols ingat bila cikgu panggil Yaya Dayang Diraja hahaha serious lawak sebab Yaya selalu berangan nak kawin dengan Tunku Idris yang merupakan bakal jodoh iols tu *jemput datang ya kenduri nanti* haha jkjk. Yaya mungkin jadi pengapit iols je nanti kehkehkeh. And gambar yang kami amik ni masa last sem 2 dan nak dekat final. Kami pun serbu bilik MPP kat tingkat bawah sebab cikgu sakit gout tak boleh naik tingkat atas *sorry kacau cikgu*tapi happy la sepanjang iols kat pomsik ni memang the bestlah dengan kawan2 iols yang selalu masuk air n gelak macam tak ingat dunia tu hahaha 




Yang ni pulak Cikgu Tarmizi. Cikgu Tarmizi ajar kami subjek Sejarah untuk sem 2. Sem 1 sebelum ni cikgu Umi. Kalau ikutkan memang banyak yang iols nak cerita tapi biarlah iols ringkaskan je hahaha. Cikgu Tarmizi pun selalu bagi kami macam2 . Baru-baru ni cikgu buat coklat untuk kami sekelas. Cikgu Tarmizi memang pandai memasak. Sebut je makanan apa semua dia tau okay. Paling sedap yang iols pernah rasa nasi arab berlauk kambing. Perghh !! Mabeles gituu . Cikgu Tarmizi pun selalu ngusik Yaya !! Dan mende tu jelah yang jadi bahan lawak kami setiap hari dalam kelas. Kalau sehari tak ngekek tak sah ! Memang lawak hihihi. 

 


 Yang ni Cikgu Hatta . Cikgu Bahasa Melayu kesayangan student 6 Atas Sejarah hehehe. Cikgu Hatta guru kelas kami dari sem 1 lagi. Cikgu Hatta pun the best gak ! Semua cikgu iols kat pomsik the bestlah . Cikgu Hatta pun selalu buat lawak even kadang2 serius gak hehe. Paling lawak bila tak siap homework bm esp buku merah tulah then semua kene tarik telinga tak kiralah laki ke perempuan. Yang lawak bila tarik telinga student perempuan tak jumpa telinganya sebab kene tekap dengan cekup kepala hahaha *esp lisa sebab dia pakai cekup kepala yang ketat* hahaha memang lawak habis. Cikgu Hatta suka bagi tazkirah kat kami sekelas. Best !! Waktu sem 1 biasanya tazkirah waktu hari jumaat sebab hari jumaat je bm satu waktu hehe


Cikgu-cikgi iols kat pomsik memang the best lah bagi iols. Harapnya sem 3 ni kami dapat belajar dengan cikgu-cikgu ni lagi yahh !! hehe walau siapa pun cikgu kita, hargailah mereka okei. Anggap mereka macam mak pak kita kat sekolah. Mana datangnya kalau bukan dari cikgu kan ? So hargailah masa2 kita dengan cikgu sebelum kita tamatkan masa sekolah or masa belajar kita . Sebab biasanya kita mesti akan rindu masa2 kita dengan cikgu, dengan kawan dan dengan makcik kantin hahaha 

Terima kasih kepada Teacher Mila yang ajar iols MUET . Even sekejap je tapi alhamdulillah berkat ilmu yang teacher dah bagi kat kami dapatlah jugak result yang menyenangkan hati alhamdulillah. Thanks teacher hihi.

Terima kasih jugak kepada cikgu-cikgu yang pernah ajar iols dari sekolah rendah sampailah pomsik ni *tak dapat nak sebut sebab ramai sangat*. Terima kasih kepada cikgu-cikgu iols kat SAR TAMAN BUNGA RAYA, SK SULTAN IDRIS 2, SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM DAN SMK RAJA MUDA MUSA. Tak lupa jugak kepada ustazah-ustazah yang ajar iols mengaji dari iqra sampaila khatam Al-Quran hehe.

Lastly,

TERIMA KASIH CIKGU !!!




Saturday, 26 March 2016

MOH TRAVEL KE KAMPUNG ORANG ASLI BUKIT CERMIN

Assalamualaikum ! lols harini aku nak ceghita sikit pasal kajian aku mengenai orang asli Temiar Kampung Bukit Cermin Kuala Kangsar. takdak apa pun yang menarik sesaje nak isi blog aku yang dah bersawang ni haha XD, okay first of all aku sebenarnya kena buat kerja kursus untuk sejarah yang ada 4 tema tulah. and aku pilih tema etnik sebabnya tetiba je aku ternampak van Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) time berhenti kt traffic light. N at the same time aku tengah pening memikiorkan tajuk ape yang aku nak buat ni. n alhamdulillah Allah S.W.T bagi aku petunjuk n aku terus je pilih tema etnik tajuk yang berkaitan dengan orang asli.
 
             Aku pilih lokasi Kg Bukit Cermin sbbnya mak aku dulu selalu cerita psl org asli kt kg tu otw masa nak pi lumut lalu ikut Senggang. haa gitu laa sebabnya aku nak buat kajian berkenaan dengan orang asli ni. Godek-godek kat internet tak banyak sumber psl kampung tu. Aku pun decide satu hari nanti aku nak pi ke sana . Jalan nak pi kesana taklah susah sgt. Dekat je dengan Sk Bendang Kering tu, sebelum naik bukit yang tak nampak mcm bukit tu haa belah kiri kita akan nampak dia tulis Felcra Bukit Cermin. so kalau korang or sesapa yang nak pi kesana jalannya memang senang banget deh. Then, kene masuk dalam sikit. Yelah nama pun Kg orang asli opkoss dalam sikit. tapi jangan riso orang kampung kat situ semua thorbaikk !!!!! very friendly n semuanya mudah nak bagi kerjasama.


Akan nampak papan tanda ni sebelum masuk ke kampung
 
Penduduk kampung ni tak berapa ramai . Ade la dalam 200 orang penduduk n rumah pun maybe dalam 30 lebih je. Tapi kampung ni kedudukannya takdela jauh sangat ke dalam hutan rimba tu. Tok batin kata dulu memang jauh tapi sekarang ni bila JAKOA dah amik alih so depe disetempatkan jadi satu kampung. Kat kampung ni jugak orang asli temiar je. Kalau mcm suku lain contohnya Semai ke depe dok kat kampung orang asli Bekor.



Salah sebuah rumah penduduk kampung 
 


 Bergambar dengan tok batin kampung bukit cermin, tok umar di salah sebuah rumah yang masih mengekalkan bentuk asal rumah orang asli Temiar
 


  With Mak cik Aini salah seorang penduduk kampung yang sangat sporting hehehe :) Ni gambar masa mula-mula sampai ke kampung tu sampai tersesat hahaha pening mencari padahal senang je huhuhu

Tok Batin Kampung, Tok Umar namanya. Kali kedua pi visit kampung. Kali kedua ni aku pegi naik moto je ngan kawan aku Wafaa sebab senang sikit nak pi lagipun jalannya kecik boleh muat pun satu kete je huhuhu
 
Nah, lanje sikit gambo selfie ngan tok batin ahahaha 
 
 Surau yang digunakan penduduk kampung

                 Kalau nak tau majoriti penduduk kampung ni semuanya beragama islam tau. Rasanya takde penduduk yang menganut agama lain selain agam islam. So lagi senang lah nak buat kajian sbb agamanya just tertumpu untuk agama islam je huhu :D

 Kat depan rumah tok batin . Rumah tok batin pun ada Astro tau hahaha :D
 
 Adik-beradik tok batin. Btw, nak tunjuk gambar baby tu sbnrnya sbb baby tu comel giloss !!

 Habis je iv, singgah sat kat Kampung Bendang Kering :) perghh, memang cantik kot pemandangan kt situ !

Lastly, thanks to Wafaa yang sanggup mengharungi suka duka jiwa raga merempit mcm pelesit nak pi ke kampung tu hahaha :0 pi makan laksa kekabu nyumm nyum, makan eskrim tepi sungei, pastu buat pickup line di bawah pokok yang redup di hari yang sungguh indah ditemani dengan anak-anak kecil yang berbasikal sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa omg pastu pi pasar malam nak usha body builder juai kangkung wkwkw lolss :p
 
                 Okay, itu je yang aku nak citer sebab blog ni memang jarang aku bukak heee . Act, kajian ni aku dah hampir settle n pasni nak kene present pulak. Alhamdulillah thanks to Allah S.W.T yang bagi aku petunjuk untuk aku buat kajian mengenai orang asli kat kampung ni. Thanks to my beloved bestfriend juga Wafaa,Lisa,Alya,Iqin n Mai yang banyak bagi support n kita sanggup yak stayback setiap hari sampai kul 5 semata nak siapkan benda ni :) Balik je rumah PENGSAN hahhaha. Thanks jugak kat mak abah sebab sanggup spend time mencari kampung even tersesat dan menyimpang jauh dari kampung ni sampai nak dekat ke Parit kitaorang mencari ahahaha thanks thanks thanks a lot. Love all of you babe muahhh 
 



 

























Tuesday, 12 January 2016

New Year 2016

Yahh , i'm back !! setelah sekian lama tak membukak blog ni, terdetik pulak nak mencuba untuk berblog. Even tho blog aku ni idokla lawa macam orang lain punya blog tapi apadahal suka hatilah blog aku hahahaha XD okay nanti nak post bebanyak kat sini in shaa allah :) stay tuned muah muahh